Makluman

Mutiara Hadis
Rabu, 17 Julai 2013

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)

Pesan Rasulullah S.A.W

Dari Anas RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda "Dengki itu boleh memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.Sedekah itu boleh menghapus dosa sebagaimana air memadam api,solat itu adalah cahayanya orang mukmin dan puasa itu perisai (boleh menjauhkan) dari neraka," [HR Ibnu Majah]

Isteri Solehah

"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya." (Hadis riwayat Ibn Jabir)

Berakhlak Baik

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Riwayat Muslim

Sifat Malu

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Mentaati Kedua Ibu Bapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim

Hakikat kebijaksanaan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”

Riwayat at-Tirmidzi

Berbohong Satu Pengkhianatan

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.”

(Abu Daud)

 

 

 

More ...

Sekapur Sirih PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Webmaster Asrama Sekolah   
Jumaat, 08 Julai 2011 13:12

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkat kurnia dan rahmat-Nya, maka dapatlah saya merakamkan sepatah dua kata dalam Laman Web rasmi Asrama Sekolah Menengah Teknik Melaka.

Dunia sedang dibawa arus perdana Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebagai insan yang diamanahkan untuk memakmurkan kehidupan duniawi dan mencapai kebahagiaan ukhrawi, kita tidak dapat lari daripada turut serta agar tidak ketinggalan jauh di belakang. Justeru, langkah menerbitkan laman web ini merupakan satu daripada langkah positif melengkapkan diri semua warga teknik dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Langkah ini juga dapat menghubungkan SM Teknik Melaka dengan rangkaian dunia luar secara global di samping memperkenalkan sekolah ini kepada dunia antara bangsa secara maya.Kepada para pelajar, tanamkanlah minat untuk mempelajari teknologi maklumat untuk kegunaan pada masa kini dan masa hadapan. Saya juga berharap agar ilmu ini dapat dimanfaatkan secara positif agar kita dapat menyumbang tenaga ke arah penzahir Dasar Wawasan Negara.

Akhir kata , saya berdoa kepada Allah S.W.T. semoga keluarga TEKNIK akan terus maju dalam pelbagai bidang.

'1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Zainudin bin Samad
Pengetua,
SM Teknik Melaka
75150 Bukit Piatu,
Melaka

LAST_UPDATED2